Monday 30 January 2012

Pengenalan Rumah Tradisional Warisan Rubiah Luwi




     Rumah warisan Pn. Rubiah bt Luwi ini merupakan salah satu rumah tradisional yang bercirikan Melayu Melaka. Rumah warisan ini merupakan warisan tinggalan bapa mertua Pn. Rubiah iaitu Encik Tapah b. Umar dan kemudiannya diwariskan kepada anak lelakinya iaitu suami kepada Pn Rubiah sendiri, Encik Seman b. Tapah. Menurut pemiliknya, rumah ini telah diasaskan sebelum tahun 1960an lagi. Rumah yang bercirikan Melayu ini terletak di Pengkalan Batu, Melaka. Rumah ini juga turut menjadi pilihan para pembikin drama mahupun filem untuk dijadikan lokasi pengambaran disebabkan kawasan persekitarannya yang menarik dan bersih. 

     Selain itu, menurut pemiliknya, rumah ini pernah hendak dirobohkan disebabkan fizikal rumah ini yang telah rosak, namun kerajaan negeri Melaka telah berbincang bersama ketua kampung untuk membaik pulih bahagian hadapan rumah ini disebabkan terdapat ciri rumah Melayu Melaka dan ianya harus dipelihara. Dengan bantuan pihak PERZIM kerja-kerja membaik pulih berjalan dengan lancar dan kosnya telah ditanggung oleh kerajaan Melaka sendiri.


Penghargaan daripada pihak PERZIM




1) SEBELUM DAN SEMASA KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH DIJALANKAN













 2) INILAH HASILNYA SELEPAS SIAP KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH







Sunday 29 January 2012

About Us

Kami yang merupakan pelajar semester akhir jurusan Pengurusan Maklumat ditugaskan untuk mengendalikan projek akhir bagi subjek Entrepreneurship (ETR300). Projek ini bertujuan bagi mempromosikan Rumah Tradisional Melayu Melaka. Oleh yang demikian, kami telah menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada lima orang ahli bagi menyiapkan business proposal yang akan dibentangkan kepada ahli panel. Dalam business plan yang telah dibentangkan, kami telah menyatakan nama syarikat yang hendak ditubuhkan bagi projek akhir ini iaitu Tradisi Melayu Enterprise. Senarai ahli bagi kumpulan kami adalah seperti yang tertera di bawah dan turut dinyatakan tugas kami sebagai ahli kumpulan. Selain itu, kami juga turut menyatakan alamat e-mail kumpulan kami bagi memudahkan sebarang proses pertanyaan berkenaan projek akhir ini.



Nama Syarikat : Tradisi Melayu Enterprise.

General Manager:
Nur Adibah binti Hasnol

Financial Manager:
Siti Nor Hamizah binti Abdul Rahaman

Marketing Manager:
Nur Asyikin binti Md. Kamal

Operation Manager:
Norhanissa Fazreena binti Mohamed Nordin

Administrative Manager:
Aminur Aishah binti Ab. Harith


Email Us:
e-mail : tradisi_melayu@yahoo.com


Activity

       Setiap pelawat yang datang bertandang ke Rumah Tradisional Warisan Rubiah Luwi untuk segala urusan atau aktiviti haruslah menulis serba sedikit maklumat mengenai mereka di dalam buku kedatangan pelawat.





 Antara aktiviti-aktiviti pengambaran drama dan telemovie yang telah memilih dan menggunakan Rumah Warisan Rubiah Luwi sebagai lokasi pengambaran mereka. 


              1)ANAK KERAK  (ASTRO RIA, 2007)


ANTARA PELAKON ANAK KERAK






VIDEO PROMO ANAK KERAK DI ASTRO RIA

Drama ini bersiaran di saluran Astro Ria.
Para pelakon drama anak kerak-ijoy,sheera iskandar dan seorang pelakon cilik berbakat yang melakonkan watak anak kerak.



                  2) BURGER LAYAN DIRI (ASTRO PRIMA, 2010)

Antara pelakon burger layan diri ialah Jep, Mamat, Shuib dari kumpulan sepah, Dayana dan ramai lagi.Drama Melayu ini juga telah ditayangkan di saluran astro prima pada tahun 2010.


BURGER LAYAN DIRI
Telefilem Burger Layan Diri ini mengisahkan tiga sahabat yang malas bekerja dan suka berangan-angan, untuk memiliki hati Salmah yang merupakan seorang gadis cantik di kampung mereka.

Pada suatu hari mereka mendapat idea untuk membuka gerai burger bagi mengubah kehidupan mereka. Pada mulanya perniagaan mereka sangta maju, akan tetapi didorong dengan sifat kemalasan yang sedia ada, mereka memperkenalkan teknik burger layan diri. Siapa yang nak beli, dia kena buat sendiri. saksikan kesudahan nasib mereka..

Pelakon: Kumpulan Sepah (Shuib, Jepp, Mamat) Mariam Rahman, Nurdayana, Yaya Ma'Embong, Khaty Azean, Kuna, Kamal Bakar dan ramai lagi.



                 3) BOMOH TEMBERANG (ASTRO PRIMA, 2011)

Antara pelakon bomoh temberang adalah Jepp Sepahtu, Liza Abdullah, Rosnah Mat Aris dan ramai lagi.

BOMOH TEMBERANG

Drama ini mengisahkan seorang budak kampung bernama Samad, yang ingin mewah dengan cara yang mudah iaitu menjadi bomoh. Saksikan Jepp Sepah, Liza Abdullah, Rosnah Mat Aris dan ramai lagi.


                                      
                                 4) USTAZ COKLAT (ASTRO OASIS, 2011)


Antara pelakon Ustaz Coklat ialah Wan Hanafi Su, Yasmin Hani, Pekin dan ramai lagi.



Sinopsis Ustaz Coklat (Astro Oasis)

Drama ini mengisahkan Hj Kassim yang pulang ke kampung bersama anak perempuannya, Hasnah. Hj Kassim cuba mentarbiahkan Geng Abot dan Geng Sidek untuk 'meminati' aktiviti surau. Bagi menjayakan misi tersebut ustaz kassim menggunakan coklat dengan memasak coklat untuk semua penduduk kampung. Keenakkan coklat dan keharuman aroma coklat Cikgu Haji Kassim tersebut telah menjadi bualan penduduk kampung. Hasrat Hj Kassim untuk berdakwah dengan menggunakan coklat telah menerima ejekan daripada Hj Shuib. Untuk melihat kisah seterusnyam, Saksikan pahit manis Cikgu Kassim berdakwah di saluran 106 bermula Januari 2012 ini.

                      






Gallery

     Sebahagian barang-barang warisan turun-temurun daripada keluarga Pn. Rubiah bt Luwi. Koleksi tersebut masih lagi disimpan dan dijaga dengan baik oleh beliau sendiri. Menurut Pn.Rubiah lagi, koleksi yang terdapat di rumahnya merupakan barang tinggalan arwah ibunya. Selain itu, beliau juga turut menyimpan koleksi pakaian lama seperti baju kebaya nyonya, malangnya pakaian tersebut telah rosak disebabkan oleh kualiti kainnya.


Cucuk sanggul 
Salah satu cucuk sanggul tinggalan warisan keluarga Rubiah luwi yang diwariskan. Selebihnya diwariskan kepada adik-beradiknya. Cucuk sanggul ini dipakai oleh pengantin perempuan semasa bersanding.

Tepak sirih
Tepak sirih lama ini diperbuat daripada tembaga. Puan Rubiah luwi menyimpan semua koleksi tembaga di dalam almari kayu bertutup bagi mengelakkan terkena petir ketika hujan. 



Tempat letak celak
Digunakan oleh perempuan zaman dahulu kala bersolek.  Barangan ini juga diperbuat daripada tembaga.


Dulang hantaran dan alat merenjis mempelai.
Barangan ini juga diperbuat daripada tembaga. Koleksi ini disusun rapi di dalam almari dan akan dikeluarkan mengikut permintaan pengunjung.



Keris dan koleksi duit lama
Koleksi duit lama milik Puan Rubiah Luwi adalah yang asli dari pelbagai negara. Keris yang terpamer di dalam almari itu adalah sebahagian tinggalan warisan keluarga Puan Rubiah Luwi.


Perhiasan
Koleksi barangan perhiasan pula juga diperbuat daripada tembaga dan selalu dipakai oleh pengantin perempuan sewaktu bersanding.


Bakul 'sia'
Bakul yang sering digunakan oleh pengantin perempuan pada zaman dahulu kala semasa pertama kali berkunjung ke rumah keluarga mertua. Biasanya diisi barangan berupa pelbagai jenis makanan sebagai buah tangan.

Radio lama.
Antara koleksi lama dan warisan asli kepunyaan Puan Rubiah Luwi. Disusun rapi di atas almari di bahagian hadapan rumah untuk pameran pengunjung.





                                    

Location

Rumah Tradisional Rubiah Luwi terletak di Jalan Ustaz Abdullah di Pengkalan Batu daerah Ayer Keroh, Melaka.


Kampung Pengkalan Batu
                              
                             Jalan Ustaz Abdullah
                               
                                 Susur Masuk ke Rumah Tradisional Warisan         
                     Rubiah Luwi




Alamat rumah tradisional warisan Rubiah Luwi adalah yang tertera berikut:
                          

































                             

176-1 Batu 3 1/2,
 Pengkalan Batu Bukit Sebukor ,
75150 Melaka